Pada 25 Oktober, Presiden Universiti Katolik Uruguay, Julio Fernández Techeira, melawat ke BFSU. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU bertemu dengan Fernández dan delegasinya. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang kajian Latin Amerika, hubungan China-Latin America, pertukaran pelajar dan pensyarah, serta bidang-bidang lain.
Pada 28 Oktober, Penasihat Kanan Presiden Universiti Chicago, Bekas Dekan Kolej Sarjana Muda, John Boyer dijemput ke "Ceramah Kuliah Besar BFSU" untuk memberikan ceramah bertajuk "Melihat Pendidikan Liberal Arts Amerika melalui Universiti Chicago, Masa Kini dan Masa Lalu". Sebelum ceramah dimulakan, Pengerusi Majlis BFSU, Wang Dinghua bertemu dengan John Boyer dan delegasinya.
Pada 6 hingga 8 Oktober, atas jemputan Majlis Sekolah Pascasiswazah Amerika Syarikat (CGS), Yang Wei, ahli akademik dan Presiden Persatuan Pendidikan Pascasiswazah China (ACGE) mengetuai delegasi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Strategik Global 2024 yang diadakan di Guadalajara, Mexico. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University (BFSU) turut ...
Pada 11 Oktober, Speaker Parlimen Cyprus Annita Demetriou telah melawat ke Beijing Foreign Studies University (BFSU) bersama dengan delegasinya dan menyampaikan ucapan. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU turut menghadiri majlis tersebut.Selepas ucapan tersebut, Jia Wenjian dan Annita Demetriou bersama-sama berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pensyarah dan pelajar ...
Pada 22 September hingga 2 Oktober, Prof. Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah mengetuai delegasi untuk melawat Amerika Syarikat, Cuba dan Panama. Semasa lawatan tersebut, Prof. Wang Dinghua dan delegasinya menghadiri Forum Presiden “10+10” Universiti Terunggul di China dan Amerika Syarikat dan menyampaikan ucaptama. Selain itu, delegasi ini juga mengunjungi ...
Pada 15 September, Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah menganjurkan majlis perasmian kursus bahasa Tetun. Dengan hal hal demikian, BFSU telah menjadi universiti pertama di China yang menawarkan kursus ini. Zhao Gang, Ahli Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Timbalan Presiden BFSU, dan Rogério Paulo Chaves, Penasihat Kedutaan (Pendidikan) Timor-Leste ke China menghadiri majlis tersebut dan ...
Pada 20 September, Joybrato Mukherjee, Presiden Universiti Cologne Jerman merangkap Pengerusi Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD), telah mengadakan lawatan ke Beijing Foreign Studies University (BFSU). Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU telah bertemu dengan Joybrato Mukherjee dan delegasinya. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai perluasan peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan ...
Pada 21 September, majlis penamaan semula ‘Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim’ di BFSU yang ditubuhkan secara bersama oleh kerajaan China dan Malaysia diadakan di Beijing. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menandatangani ‘Plak Simbolik Perasmian Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim’. Prof. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua ...
Pada Ogos 2024, seiring dengan penerbitan Pendidikan Tinggi China: Pemerhatian dan Penyelidikan, Profesor Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU merangkap Pengarah Jawatankuasa Akademik Sekolah Pendidikan Antarabangsa telah menerbitkan enam jilid siri monograf yang bertemakan "Pemerhatian dan Penyelidikan tentang Pendidikan China-Amerika Syarikat". Siri monograf yang diterbitkan oleh People's Education ...