
Pada 20 September, Joybrato Mukherjee, Presiden Universiti Cologne Jerman merangkap Pengerusi Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD), telah mengadakan lawatan ke Beijing Foreign Studies University (BFSU). Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU telah bertemu dengan Joybrato Mukherjee dan delegasinya. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai perluasan peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan akademik, program pertukaran pensyarah dan pelajar dan lain-lain lagi.