Utama > Berita > Content

BFSU Mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baharu untuk Para Pensyarah Asing

Updated: 2025-01-15


Pada 30 Disember 2024, BFSU mengadakan majlis sambutan tahun baharu untuk para pensyarah asing. Zhao Gang, Ahli Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Timbalan Presiden BFSU menghadiri majlis dan memberikan ucapan aluan. Majlis ini dihadiri oleh pensyarah asing dan ahli keluarga mereka dari pelbagai fakulti di BFSU, bersama dengan ketua-ketua fakulti, jabatan berkaitan, serta wakil pelajar, dengan jumlah lebih 100 orang.

Dalam majlis tersebut, empat pensyarah asing yang telah berkhidmat di BFSU selama lebih daripada sepuluh tahun dianugerahkan sijil penghormatan. Empat pensyarah yang menerima penghargaan tersebut termasuk Profesor Charassri Jiraphas dari Thailand (Fakulti Pengajian Asia), Profesor Wang Dehong dari Singapura (Fakulti Perniagaan Antarabangsa), dan Pensyarah Chung Ethan Forbes dari Australia (Fakulti Perniagaan Antarabangsa). Selain itu, Pensyarah Jepun Matsuda Takahiro dari Fakulti Bahasa dan Sastera China pun menerima anugerah tersebut dan beliau turut menyampaikan ucapan mewakili semua pensyarah asing yang menerima penghargaan itu.

Seterusnya, pensyarah dan pelajar dari pelbagai negara, sekali dengan ahli keluarga mereka, mempersembahkan satu pertunjukan hiburan yang menarik. Suasana majlis penuh keceriaan, dengan semua yang hadir merayakan kedatangan tahun baharu bersama-sama.