Utama > Berita > Content

BFSU Menganjurkan Majlis Perasmian Kursus Bahasa Tetun yang Pertama di China

Updated: 2025-01-15


Pada 15 September, Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah menganjurkan majlis perasmian kursus bahasa Tetun. Dengan hal hal demikian, BFSU telah menjadi universiti pertama di China yang menawarkan kursus ini. Zhao Gang, Ahli Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Timbalan Presiden BFSU, dan Rogério Paulo Chaves, Penasihat Kedutaan (Pendidikan) Timor-Leste ke China menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ucapan. Selepas majlis perasmian, kursus bahasa Tetun pertama secara rasminya bermula.