Pada 31 Mac, Deborah Terry, Presiden Universiti Queensland Australia, mengetuai delegasinya untuk mengunjungi BFSU. Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, mengadakan pertemuan dengan mereka. Kedua-dua pihak memperbaharui MoU antara BFSU dan Universiti Queensland.
Pada 23 Mac, Andrei Karol, Presiden Universiti Negeri Belarusia mengetuai delegasinya untuk melawat ke BFSU. Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, Yang Dan bertemu dengan Karol. Kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Pertukaran Pelajar antara BFSU dan Universiti Negeri Belarusia.
Pada 20 Mac, sambutan Hari Bahasa Perancis Antarabangsa telah diadakan di Kedutaan Besar Perancis ke China. Kementerian Pendidikan Perancis menganugerahkan Pingat Palm Knight Akademik kepada Profesor Dai Dongmei, Dekan Sekolah Bahasa dan Kebudayaan Perancis BFSU atas sumbangan beliau terhadap pembangunan pendidikan bahasa Perancis dan penyebaran budaya dunia Perancis. Duta Besar Perancis ke Chi...
Pada 20 Mac, Shakhrat Nuryshev, Duta Besar Kazakhstan ke China melawati BFSU dan menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Bahasa Kazakhstan di China untuk Kali Pertama. Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU menerima kunjungan Shahrat Nuryshev dan delegasinya. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dengan mendalam mengenai kerjasama dalam melancarkan kelas latihan untuk terjemahan s...
Pada 20 Mac, Barney Glover, Presiden Universiti Sydney Barat di Australia, mengetuai delegasinya untuk melawat ke BFSU.Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU, mengadakan pertemuan dengan Barney dan delegasinya. Kedua-dua pihak membincangkan pertukaran pelajar, lawatan pertukaran pensyarah, latihan bersama, program pascasiswazah dan sebagainya.
Pada 18 Mac, Seminar Pembinaan Sumber Maklumat Pengajian Wilayah dan Negara, yang ditaja oleh Komuniti Pengajian Wilayah dan Negara China telah berjaya diadakan di BFSU dalam bentuk gabungan dalam dan luar talian. Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, Yang Dan menghadiri seminar ini.Terdapat 96 orang pakar dan sarjana dalam bidang pengajian wilayah dan negara dari 34 b...
Pada 1 Mac, Xu Jianfeng, Timbalan Pengarah Jabatan Hubungan Luar Negeri Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou melawat ke BFSU. Jia Dezhong, Ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Naib Presiden BFSU bertemu dengan Xu Jianfeng dan delegasinya. Mereka mengadakan perbincangan mengenai talian hotline perkhidmatan terjemahan pelbagai bahasa untuk Sukan Asia Hangzhou.Kedua-dua pih...
Pada 24 Februari, dalam Persidangan Pesanan Buku Beijing ke-35, "Projek Terjemahan Karya Klasik Asia" - Kumpulan Buku Pertama Hasil daripada Projek Terjemahan Karya Klasik China-Laos diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa China di Beijing.Tiga karya diterjemahkan oleh Profesor Lu Yunlian, Profesor Madya Li Xiaoyuan dan Cik Lu Huiling dari Jabatan Bahasa Laos, Sekolah Bahasa-bahasa Asia BFSU. Ke...
Pada 13 hingga 14 Februari, Persidangan Pendidikan Digital Dunia telah diadakan di Beijing. Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti dijemput untuk menghadiri persidangan itu. Tang Jinlan, Dekan Sekolah Pendidikan Rangkaian merangkap Naib Pengerusi Makmal Utama Kecerdasan Buatan dan Bahasa Manusia turut menghadiri persidangan tersebut. Pensyarah-pensyarah dari Se...