Utama > Penyelidikan > Pusat Penyelidikan > Pusat Pengajian Melayu China > Content

Pusat Pengajian Melayu China

Updated: 2024-09-12

Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengajian Bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1997. Pada tahun 2005, Pusat Pengajian Bahasa Melayu dinaiktaraf kepada Pusat Pengajian Melayu China. Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Sri Najib Tun Razak merasmikan pusat itu dan dilantik sebagai penaungnya. Sejak penubuhan Pusat Pengajian Melayu China, hubungan baik antara BFSU dengan Malaysia dan Brunei, terutamanya hubungan kerjasama dengan agensi-agensi di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat. BFSU telah lama menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia ke China, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain institusi, di samping menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan. Kerajaan Malaysia juga telah menawarkanKursi Pengajian Melayu” yang satu-satunya di Asia di BFSU untuk menyokong pusat ini dalam meningkatkan tahap pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu di China serta memperkukuhkan hubungan budaya antara China dan Malaysia.