Utama > Berita > Content

Presiden BFSU, Profesor Jia Wenjian Hadir dalam Forum Presiden Universiti Asia

Updated: 2025-12-08

                                       

Pada 21 November, majlis perasmian dan sidang pleno Forum Presiden Universiti Asia 2025 (Asian University Presidents Forum, AUPF) telah berlangsung di bandar Guangzhou. Forum ini bertemakan “Teknologi Baharu dan Koordinasi Rentas Sektor: Meneroka Laluan Baharu bagi Ketahanan dan Pertumbuhan Inklusif Pendidikan Tinggi di Asia”. Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University (BFSU), Profesor Jia Wenjian telah dijemput menghadiri persidangan tersebut dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Jambatan Menghubungkan Dunia—Platform Perkhidmatan Bahasa Global Peringkat Kebangsaan di BFSU”.