Utama > Berita > Content

Pelantikan Komrad Li Hai sebagai Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University

Updated: 2025-12-08

                                                

Pada 19 November, Kumpulan Kepimpinan PKC Kementerian Pendidikan China telah mengumumkan keputusan berkaitan pelantikan dan pemberhentian jawatan di Beijing Foreign Studies University (BFSU). Komrad Li Hai dilantik sebagai Pengerusi Majlis BFSU, manakala Komrad Wang Dinghua tidak lagi memegang jawatan tersebut. Ahli Kumpulan Kepimpinan PKC Kementerian Pendidikan merangkap Timbalan Menteri Pendidikan dan Ketua Penyelia Pendidikan Negara, Profesor Wang Jiayi menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan. Timbalan Pengarah Jabatan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan, Ge Yuanjie, serta Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Kerja Pendidikan Majlis Perbandaran Beijing, Yu Chengwen turut hadir dalam mesyuarat ini. Mesyuarat terebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis dan Presiden BFSU, Profesor Jia Wenjian.