Pada 24 Oktober, Forum Presiden Universiti Edisi Kelima bagi Perikatan Universiti Bahasa Asing Global yang dianjurkan oleh Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan dikendalikan oleh Institut Pengajian Bahasa-bahasa Asing Zhejiang telah berlangsung di bandar Hangzhou.

Pemimpin-pemimpin universiti daripada 24 anggota institusi perikatan termasuk Pengerusi Persatuan Pertukaran Antarabangsa Pendidikan China merangkap bekas Timbalan Menteri Pendidikan China, Profesor Liu Limin, Ketua Pengarah Perikatan Universiti Bahasa Asing Global, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, Profesor Jia Wenjian, Pengarah Perikatan Universiti Bahasa Asing Global, Pengerusi Majlis merangkap Presiden Institut Pengajian Bahasa-bahasa Asing Zhejiang, Profesor Zhang Huanzhou telah menghadiri forum tersebut.
Tema forum kali ini ialah “Menghadapi Masa Depan · Memperkasakan Digital Pintar · Memacu Pembangunan Bersepadu”, dengan penyertaan lebih 170 orang pakar dan sarjana dari lebih 60 buah universiti dan institusi di 27 buah negara di seluruh dunia. Dalam forum itu, perikatan secara rasmi menerbitkan Inisiatif mengenai Pemajuan Secara Kolaboratif Pembangunan Inovasi Pendidikan serta Penyelidikan Bahasa dalam Era Digital dan Pintar.