Utama > Berita > Content

Majlis Perasmian Pembukaan Sesi Persekolahan 2025 BFSU Berlangsung

Updated: 2025-12-01


Pada 1 September 2025, Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Sesi Persekolahan 2025. Seramai 3917 pelajar baharu dari 90 buah negara dan pelbagai wilayah di seluruh China telah menyertai keluarga BFSU.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis BFSU, Profesor Wang Dinghua, Timbalan Pengerusi Majlis merangkap Presiden BFSU, Profesor Jia Wenjian, Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, Felo Penyelidik Jia Dezhong dan Penyelidik Bersekutu Su Dapeng, serta Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis merangkap Timbalan Presiden BFSU, Penyelidik Bersekutu Ding Hao dan Profesor Zhao Gang. Turut hadir ialah Duta Besar Georgia di China, Paata Kalandadze, serta Wang Yuhao, alumni sesi 2013 daripada Sekolah Pengajian Perniagaan Antarabangsa BFSU yang juga pengasas platform pelancongan sukarelawan “Menjelajah Dunia”.

Dalam ucapannya, Jia Wenjian mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baharu sesi 2025 dengan penuh mesra, sambil menyampaikan harapan serta pesanan yang mendalam kepada mereka.

Duta Besar Paata Kalandadze, wakil alumni, wakil pensyarah, serta wakil pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan pelajar antarabangsa turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Wang Dinghua kemudian menyematkan lencana universiti kepada wakil pelajar baharu dan menyerahkan kad kampus.

Selepas itu, wakil pelajar baharu menghadiahkan bunga sebagai tanda penghormatan kepada wakil pensyarah yang hadir, diikuti dengan ikrar kemasukan yang diketuai oleh wakil pelajar baharu. Majlis perasmian pembukaan berakhir dengan nyanyian beramai-ramai lagu universiti.