
Dari 21 hingga 29 Ogos, Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University (BFSU), Profesor Wang Dinghua, telah mengetuai delegasi mengadakan lawatan rasmi ke tiga negara, iaitu Iceland, Denmark dan Sweden. Delegasi tersebut telah melawati beberapa institusi pengajian tinggi dan organisasi penting termasuk Universiti Iceland (University of Iceland), Universiti Akureyri (University of Akureyri), Universiti Aarhus (Aarhus University) dan Universiti Copenhagen (University of Copenhagen) di Denmark, Universiti Lund (Lund University) serta Institut Sweden (Svenska Institutet). Mereka turut mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar China di Iceland, Denmark dan Sweden, serta menjalankan tinjauan di Institut Kongzi Cahaya Utara (Northern Lights Confucius Institute) di Universiti Iceland, Bank China (Europe) Cawangan Stockholm, dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah di bawah Kumpulan Tenaga Angin Electrik Shanghai (Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd.). Selain itu, delegasi turut menganjurkan sesi dialog bersama sarjana dan melakukan tinjauan terhadap keadaan perusahaan China di rantau tersebut. Dalam lawatan ini, delegasi BFSU juga telah melawat pelajar sarjana muda BFSU yang sedang menuntut di Universiti Iceland, mengadakan sesi pertemuan dengan peserta Sweden bagi program “Terokai China 2025”, serta mengunjungi para alumni yang bekerja dalam pelbagai sektor di Denmark dan Sweden.