Utama > Berita > Content

Kem Musim Panas “Jambatan Bahasa Mandarin 2025” BFSU Bertemakan “Mengenali China” Dirasmikan

Updated: 2025-12-01


Pada 31 Julai, Kem Musim Panas “Jambatan Bahasa Mandarin 2025” bertemakan “Mengenali China” telah dirasmikan di Beijing Foreign Studies University (BFSU). Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, Felo Penyelidik Jia Dezhong, serta Timbalan Pengarah Pusat Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing di bawah Kementerian Pendidikan China, Liu Jianqing hadir dalam majlis perasmian dan menyampaikan ucapan. Seramai 154 orang pensyarah dan pelajar telah mengambil bahagian dalam majlis perasmian tersebut. Mereka berasal dari 15 buah negara termasuk Republik Czech, Bulgaria, Poland, Austria, Korea Selatan, Malaysia, Sepanyol, Itali dan lain-lain lagi.

Kem Musim Panas “Jambatan Bahasa Mandarin” bertemakan “Mengenali China” ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China-Bahasa Asing di bawah Kementerian Pendidikan China serta BFSU. Sebagai salah satu program utama pendidikan bahasa China antarabangsa yang dibuka kepada pelajar dari universiti luar negara, kem ini bertujuan untuk mendorong pemahaman antarabangsa dan pertukaran silang budaya. Melalui pengajaran bahasa, aktiviti pengalaman budaya dan lawatan lapangan, kem ini berusaha menyediakan peluang pembelajaran bahasa China yang berkualiti tinggi, membantu para peserta memahami budaya China dengan lebih mendalam serta merasai suasana kehidupan di China pada era moden.