Utama > Berita > Content

Presiden BFSU Profesor Jia Wenjian, Mengetuai Delegasi Melawat Tiga Negara di Afrika Timur

Updated: 2025-12-01

Dari 22 Jun hingga 1 Julai, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Beijing Foreign Studies University (BFSU), Profesor Jia Wenjian, telah mengetuai delegasi mengadakan lawatan rasmi ke tiga negara di Afrika Timur, iaitu Rwanda, Uganda dan Kenya. Delegasi tersebut telah mengunjungi beberapa institusi pendidikan tinggi dan kumpulan pemikir termasuk Universiti Rwanda (University of Rwanda), Universiti Makerere (Makerere University), Institut Teknologi Luyanzi (Luyanzi Institute of Technology), Pusat Pemantauan Pembangunan di Uganda (Development Watch Centre), Universiti Kenyatta (Kenyatta University), serta Universiti Nairobi (University of Nairobi) untuk membincangkan peluang kerjasama. Mereka turut melakukan kunjungan ke Kedutaan Besar China di Rwanda, Uganda dan Kenya, serta mengadakan sesi dialog dengan Ketua Wartawan Agensi Berita Xinhua yang berpejabat di Rwanda. Selain itu, delegasi BFSU turut menjalankan tinjauan di beberapa organisasi dan syarikat China di rantau tersebut, antaranya termasuk Jabatan Pengurusan di Syarikat Pembinaan Kejuruteraan Awam China (Rwanda) (China Civil Engineering Construction Corporation (Rwanda)), Pasukan Bantuan Perubatan China ke Rwanda, StarTimes cawangan Uganda, Perbadanan Pembinaan Kejuruteraan Awam China (Kenya) (China Civil Engineering Construction Corporation (Kenya)), Ibu Pejabat Agensi Berita Xinhua cawangan Wilayah Afrika, Pejabat Kenya Syarikat Pembinaan Jalan dan Jambatan China (China Road and Bridge Corporation (Kenya)), Firma Guaman Jingsh cawangan Africa (Jingsh Law Firm Africa Office). Delegasi juga bekerjasama dengan Pusat Pemantauan Pembangunan di Uganda dan Universiti Nairobi untuk menganjurkan persidangan akademik dan menerima wawancara media tempatan. Lawatan ke Rwanda dan Uganda ini merupakan lawatan peringkat universiti yang pertama oleh BFSU ke kedua-dua negara tersebut. Dalam lawatan ini, delegasi BFSU telah mencapai persefahaman yang meluas dengan rakan kerjasama dari tiga negara di Afrika Timur berkenaan beberapa bidang, termasuk memperkukuh pengajaran bahasa dan budaya Afrika serta pembangunan bakat profesional, menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang pengajian negara dan daerah dengan universiti serta sarjana terkenal tempatan, memperluas kerjasama antara universiti dan perusahaan, serta peluang latihan dan amali pelajar di luar negara. Beberapa memorandum persefahaman turut ditandatangani semasa lawatan tersebut. Secara keseluruhan, lawatan ini telah memperkukuh lagi kepercayaan dan persahabatan antara kedua-dua pihak, memperluas jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang, serta mencapai hasil yang amat memberangsangkan.