Utama > Berita > Content

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Wong Kah Woh Melawat BFSU

Updated: 2025-12-01

Pada 18 Jun, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Wong Kah Woh, telah melawat Beijing Foreign Studies University (BFSU). Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, Profesor Jia Wenjian serta Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis merangkap Timbalan Presiden BFSU, Profesor Zhao Gang telah mengadakan pertemuan dengan rombongan YB Wong Kah Woh.

Dalam pertemuan tersebut, Jia Wenjian memperkenalkan secara ringkas tentang usaha BFSU dalam bidang pembangunan bakat, pertukaran antarabangsa dan pembangunan akademik. Beliau menyatakan harapan agar lawatan ini menjadi titik tolak untuk memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak di Malaysia, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada pembangunan pendidikan dan pertukaran kemanusiaan antara kedua-dua negara serta rantau ini. YB Wong Kah Woh pula menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia amat menghargai hubungan dan dialog dengan BFSU. Beliau berharap agar pada masa hadapan, kedua-dua pihak dapat menjalinkan kerjasama yang lebih konkrit dalam bidang penyelidikan ujian bahasa, pertukaran guru, lawatan pelajar serta seminar akademik.

Selepas itu, delegasi yang diketuai oleh YB Wong Kah Woh turut mengunjungi Jabatan Pengajian Melayu dan Pusat Pengajian Melayu China di Fakulti Pengajian Asia, BFSU.