Utama > Berita > Content

Pengerusi Parlimen Merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Thailand, Wan Muhamad Noor Matha Melawat BFSU

Updated: 2025-12-01

Pada 23 Jun, Pengerusi Parlimen merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Thailand, Wan Muhamad Noor Matha, telah mengetuai delegasi melawat Beijing Foreign Studies University (BFSU). Pengerusi Majlis BFSU, Profesor Wang Dinghua serta Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis merangkap Timbalan Presiden BFSU, Profesor Zhao Gang telah mengadakan pertemuan dengan rombongan Wan Muhamad Noor Matha.

Wang Dinghua menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Thailand lima puluh tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara amat rapat, ibarat sebuah keluarga. Beliau menegaskan bahawa pertukaran ini akan memperdalam persefahaman antara kedua-dua pihak dan meneruskan persahabatan tradisional China-Thailand. Beliau juga berharap dapat mencari peluang kerjasama bersama dengan pihak Thailand bagi melahirkan lebih ramai bakat cemerlang. Wan Muhamad Noor pula memuji sumbangan BFSU dalam memupuk persahabatan antara China dan Thailand. Selain itu, beliau juga menyatakan sokongan dan sambutan terhadap pertukaran serta dialog dalam kalangan belia.

Selepas itu, beliau turut mengadakan sesi dialog dan pertukaran pandangan dengan wakil pensyarah serta pelajar BFSU mengenai isu-isu berkaitan hubungan China-Thailand, interaksi pendidikan dan perkembangan generasi muda.