Utama > Berita > Content

BFSU Tandatangani Surat Niat Kerjasama dengan SOAS, Universiti London

Updated: 2025-12-01

Pada 9 April, majlis menandatangani Surat Niat Kerjasama antara Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London telah diadakan di SOAS, United Kingdom. Timbalan Datuk Bandar Beijing, Ma Jun, telah menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ucapan. Ahli Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU, Zhao Gang, serta Naib Canselor SOAS, Laura Hammond, telah menandatangani surat niat bagi pihak masing-masing.