Pada 25 Julai, Forum Rakyat ke Rakyat China-Afrika ke-7 dan Forum Pemimpin Muda China-Afrika ke-7 telah diadakan di Changsha, Hunan. Lebih 200 orang termasuk tokoh politik, mantan tokoh politik, pemimpin parti dan pemimpin belia, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan walik badan pemikir dari lebih 50 negara Afrika telah menghadiri mesyuarat itu. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, dan Jia Dezhong, Timbalan Pengerusi Majlis BFSU menghadiri majlis perasmian itu.

Majlis perasmian mengeluarkan senarai pencapaian "Jalan Sutera Hati ke Hati"-Pelan Perkongsian Persahabatan Rakyat ke Rakyat China-Afrika (2024-2026). Perikatan Perkhidmatan Sukarelawan Global dan Program Pemerkasaan Pendidikan Usahawan Wanita China-Afrika yang disyorkan oleh BFSU, serta projek Kem Kecerdasan Buatan Belia yang disyorkan bersama oleh BFSU dan Alibaba Group telah dimasukkan dalam senarai pencapaian tersebut.
Pada sebelah petang, Forum Perkhidmatan Sukarelawan Global turut diadakan. Perikatan Perkhidmatan Sukarelawan Global dan Dana Khas Perkhidmatan Sukarelawan Global yang disyorkan oleh BFSU telah dirasmikan dalam forum itu. Perikatan Perkhidmatan Sukarelawan Global dan Dana Khas Perkhidmatan Sukarelawan Global merupakan pencapaian perwakilan bagi pertukaran antarabangsa dan kerjasama dalam perkhidmatan sukarelawan antara China dan Afrika. Duan Guiqing, Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Perkhidmatan Sukarela China, Wang Ke, Timbalan Setiausaha Agung Persatuan China bagi Mempromosikan Pertukaran Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yao Guiqing, Naib Pengerusi merangkap Setiausaha Agung Yayasan Perkhidmatan Sukarela China, dan Jia Wenjian, Presiden dan Timbalan Pengerusi Majlis BFSU bersama-sama melancarkan Perikatan Perkhidmatan Sukarelawan Global dan Dana Khas Perkhidmatan Sukarelawan Global.