Pada 6hb Jun, Richard Stengel, Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dalam bidang diplomasi awam dan hal ehwal awam, telah melawat ke BFSU ketika beliau menghadiri Dialog Pusingan Kelapan Strategik dan Ekonomi China-Amerika Syarikat (AS). Beliau juga bertemu dengan beberapa orang penerima biasiswa China dan Amerika Syarikat, dan menghadiri program pertukaran pelajar China-AS yang diadakan di BFSU. Delegasi beliau termasuk pegawai kerajaan AS seperti Mala Adiga, Timbalan Penolong Setiausaha Negara yang menguruskan Program Akademik dan Lisa Heller, Menteri Kaunselor Kedutaan Amerika Syarikat. Peng Long, Presiden BFSU dan Yan Guohua, Naib Presiden turut menghadiri pertemuan ini.
