Pada 15hb Oktober 2016, kursus tahunan dalam bidang undang-undang dan kebudayaan China telah dilancarkan secara rasmi sebagai satu program kerjasama antara BFSU dan Universiti Silesia.

Program yang dilaksanakan dalam tempoh setahun itu adalah salah satu aktiviti yang dipersetujui selepas Memorandum Persefahaman MOU antara kedua-dua universiti ditandatangani. Memorandum ini diharapkan akan menggalakan lagi kerjasama dua hala kedua-dua pihak pada masa hadapan. Lebih daripada sepuluh orang pensyarah dari Sekolah Kebudayaan dan Bahasa Eropah serta Sekolah Undang-undang BFSU akan dihantar ke Universiti Silesia untuk mengajar ilmu pengetahuan dalam bidang undang-undang dan kebudayaan China. Kursus ini bermula dengan kuliah-kuliah yang bertemakan falsafah China, kehidupan orang China pada zaman moden, juga perhubungan antara tamadun China-Poland dan lain-lain kuliah lagi. Kuliah ini disampaikan oleh pensyarah Li Yinan dari Sekolah Kebudayaan dan Bahasa Eropah.