
Pada 28hb. Februari, telah berlangsung Majlis Perasmian Kursus Bahasa Azerbaijiani yang pertama dalam negara China iaitu di BFSU.
BFSU telah diizinkan melancarkan Jurusan Bahasa Azerbaijiani di peringkat sarjana muda oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2015. Kursus baharu ini akan diajar oleh Dr. Agshin Aliyev. Sebagai seorang sarjana Azerbaijiani, Dr.Agshin Aliyev sekarang bekerja sebagai seorang ahli Fakulti Pengajian Serantau BFSU di Sekolah Pengajian Asia dan Afrika. Beliau mengkhusus dalam bidang tatabahasa Mandarin moden, linguistik gunaan dan leksikografi serta mampu cakap bahasa Azerbaijiani, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Rusia dan bahasa Turki. Pada tahun 2013, Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Kesusasteraannya di East China Normal University dan kemudian menghabiskan pekerjaan pasca kedoktorannya di Shanghai Normal University pada tahun 2016.