Pada awal semester yang pertama iaitu semester musim gugur pada tahun 2017 ini, Sekolah Pengajian Bahasa-bahasa Asia dan Afrika telah menawarkan enam kursus baharu iaitu kursus bahasa Georgia, kursus bahasa Afrikaans, kursus bahasa Berber, kursus bahasa Comoros, kursus bahasa Punjabi dan kursus bahasa Balochy. Kursus-kursus tersebut ialah kursus bahasa yang julung kali ditawarkan di negara China.
