Pada 12hb Disember, Perasmian Persidangan Antarabangsa Institut Kongzi ke-12 diadakan di Xi’an bertema “Memperdalamkan Pekerjasamaan, Membaharui Perkembangan, Mendelikasikan Kekuatan kepada Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Manusia. Liu Yandong, Naib Perdana Menteri Pengarah Majlis Jawatankuasa Ibu Pejabat Institut Kongzi menghadiri perasmian persidangan ini dan menyampaikan ucaptama.Peng Long,Presiden BFSU dan Yan Guohua, Timbalan Presiden menghadiri persidangan ini.
Pada perasmian persidangan, Presiden Peng mewakili lebih daripada 220 buah institut yang diurus utama oleh pihak China menyampaikan ucapan. Beliau menunjukkan bahawa pada zaman globalisasi dan bermaklumat, InstitusiKongzi memainkan peranan yang unik dan penting dalam mempromosikan pertukaran dan komunikasi dalam kalangan rakyat.
Beberapa Inisitut yang diuruskan oleh BFSU dianugerahkan kerana kerja dan hasil cemerlangyang dicapaikan oleh mereka. Antaranya, terdapat Institut Kongzi di Sofia, Bulgaria yang dianugerahkan sebagai “Institut Kongzi Maju” dan Jakob Pollath, Pengerusi Majlis Institut Kongzi Munich serta Kim Inchul, Presiden Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Korea yang dianugerahkan sebagai “Pengurus Maju”. Disamping itu, Institut Kongzi Universiti Malaya dianugerahkan sebagai “ Anugerah Keunggulan dalam Ujian Bahasa Mandarin”.
