Dari 13hb hingga 21hb September, Profesor Peng Long, Presiden BFSU mengetuai delegasi melawat ke Panama, Ecuador dan Argentina untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan menandatangani MOU dengan universiti-universiti yang terkenal di Amerika Latin, seperti Universidad de Panama, Central University of Ecuador, Pontifical Catholic University of Argentina, Universidad De Buenos Aires, National University of Cordoba dan Fundación UADE. Selain itu, delegasi juga mengunjungi Duta Besar China ke Panama dan Duta Besar China ke Ecuador.
