Dari 10hb hingga 18hb Oktober, Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU mengetuai delegasi melawat ke Rusia, Finland, Belanda dan menjalinkan hubungan kerjasama dan memeterai MOU dengan beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi, iaitu Moscow State Linguistic University, Herzen University, Institute of Oriental Manuscripts, St. Petersburg, University of Tampere, University of Lapland dan Leiden University. Selain itu, delegasi juga mengunjungi Kedutaan Besar China ke Rusia, Finland dan Belanda.
