
Pada petang 13 April, Menteri Luar Negeri Jepun, Taro Kono melawat ke BFSU dan bertemu dengan para pensyarah dan pelajar dari Pusat Pengajian Jepun Bejing di BFSU. Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU dan Jia Dezhong, Timbalan Naib Canselor BFSU berjumpa dengan rombongan Tara Kono.
Wang Dinghua menyambut kedatangan rombongan Taro Kono. Beliau menunjukkan bahawa hubungan kerjasama antara China dan Jepun telah memasuki era sejarah yang baharu. Pada Jun tahun ini, mesyuarat kemuncak G20 akan diadakan di Osaka, Jepun. Pertemuan pemimpin kedua-dua negara pasti akan mendorong hubungan China dan Jepun ke tahap yang lebih tinggi. Beberapa tahun kebelakangan ini, BFSU terus berusaha keras dalam pemupukan bakat yang mempunyai pelbagai kemahiran, mendorong perkembangan universiti hingga ke peringkat antarabangsa, dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan banyak institut pengajian tinggi yang terkenal di Jepun. Pusat Pengajian Jepun Beijing ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran China dan Yayasan Komunikasi Antarabangsa Jepun. Ia merupakan satu-satunya institut pengajian Jepun komprehensif di luar negara yang ditubuhkan dengan bekerjasama dengan luar negara, di samping memupuk bakat di peringkat pasca sarjana. Dalam 30 tahun lebih sejak penubuhannya, di bawah sokongan kuat kerajaan kedua-dua negara dan pihak-pihak yang berkenaan, pusat pengajian ini telah melahirkan 1,421 orang pelajar sarjana, Ph.D dan bakat yang mahir dalam bidang pengajian Jepun serta pengajaran bahasa Jepun. Tidak dapat dinafikan bahawa pusat pengajian ini telah menjadi teladan berjaya dalam kerjasama dan komunikasi antara rakyat China dan Jepun. BFSU akan terus mendorong hubungan kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi di Jepun.
Taro Kono menyampaikan ucapan terima kasih atas sambutan mesra BFSU. Beliau menunjukan bahawa tahun ini sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, rasa riang rakyat China dapat dirasai di mana-mana sahaja. Beliau berasa gembira melihat China sedang mengalami perubahan di setiap tempat. Jika berbanding dengan 40 tahun yang lalu, iaitu masa kali pertama beliau melawat ke China, perubahan yang amat menakjubkan telah berlaku di negara ini. Dalam ucapan Taro Kono, beliau menyebut pengalaman dirinya belajar di luar negara dan mengatakan bahawa hubungan kerjasama rapat harus dipupuk melalu komunikasi dalam kalangan remaja kedua-dua negara. Melalui cara ini, pemahaman antara satu sama lain pada generasi yang baharu kedua-dua negara dapat ditingkatkan lagi. Beliau berharap Pusat Pengajian Jepun akan memupuk lebih ramai bakat yang dapat memberikan sumbangan kepada perkembangan hubungan China dan Jepun.
Selepas itu, Taro Kono berjumpa dengan 10 orang pelajar sarjana dan Phd dari Pusat Pengajian Jepun. Wakil pelajar memperkenalkan bidang pengajian dan pelan kerjaya masing-masing. Tara Kono menggalakkan para pelajar belajar dengan tekun dan terus mencapai kemajuan, di samping menekankan bahawa komunikasi bersemuka memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman antara kedua-dua negara.
Semasa lawatan, diiring dengan Wang Dinghua dan Jia Dezhong, rombongan Taro Koro mengunjungi perpustakaan, bilik darjah penterjemahan serentak dan “Pameran Gambar Khas untuk Meraikan Ulang Tahun ke-40 Penjalinan Perjanjian Persahabatan China-Jepun (Pusat Pengajian Jepun Bejing 1985—2018)——Tapak Kaki Komunikasi dan Kerjasama China-Jepun” dan beberapa tempat lagi di Pusat Pengajian Jepun Bejing.