Utama > Berita > Content

Menteri Pendidikan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hussein Hamadi Melawat ke BFSU

Updated: 2020-09-29

Pada petang 20 Jun, Menteri Pendidikan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hussein Hamadi melawat ke BFSU. Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU dan Yan Guohua, Timbalan Naib Canselor BFSU bertemu dengan rombongan Hussein.

Wang Dinghua mengucapkan selamat datang kepada rombongan Hussein dan berterima kasih atas sokongan dan bantuan keluarga diraja dan kerajaan UAE terhadap Institut Bahasa Arab BFSU selama ini. Beliau memperkenalkan trend perkembangan pendidikan pengajian tinggi China yang terkini, sejarah penubuhan BFSU, pembinaan program dan subjek, modal pemupukan bakat, terutama sekali hasil pembinaan “Perpustakaan Zayed”. Di samping itu, beliau berharap Kementerian Pendidikan UAE akan terus memberikan sokongan kepada kerjasama antara BFSU dengan institut-institut pengajian tinggi dan kumpulan pemikir UAE bagi membina “Perpustakaan Zayed” dengan baik. Beliau juga menjemput Hussein mengunjungi BFSU lagi pada 2021 untuk meraikan bersama ulang tahun ke-80 penubuhan BFSU.

Hussein berterima kasih atas layanan mesra dari BFSU dan mengimbas kembali hasil kerjasama dalam bidang pendidikan sejak penjalinan hubungan diplomatik antara China dan UAE. Beliau menyanjung tinggi sumbangan BFSU amnya dan Institut Bahasa Arab khususnya dalam mengukuhkan hubungan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang. Beliau juga menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran UAE sudi menawarkan sokongan dan kemudahan terhadap perkembangan program dan subjek di BFSU. Beliau juga berharap kedua-dua pihak akan meningkatkan lagi hubungan kerjasama dari segi pengajaran bahasa Mandarin, pengajian daerah dan negara, aplikasi kecerdasan buatan dan sebagainya, di samping mendorong kerjasama pragmatik antara kumpulan pemikir dan institut-institut pengajian tinggi di kedua-dua negara.

Yan Guohua juga menyampaikan ucapan selamat datang kepada rombongan Hussein. Beliau memperkenalkan secara ringkas perkembangan Institut KongZi di Universiti Zayed yang dianjurkan oleh BFSU, di samping mengundang Hussein mengunjungi Institut KongZi dan memberikan lebih banyak sokongan terhadap perkembangan Institut KongZi.