Utama > Berita > Content

Menteri Pendidikan, Penyelidikan dan Sukan Republik Slovenská, Martina Lubyová Melawat ke BFSU

Updated: 2020-09-29


Pada pagi 26 November, Menteri Pendidikan, Penyelidikan dan Sukan Republik Slovenská, Martina Lubyová mengetuai rombongan melawat ke BFSU. Duta Besar Republik Slovenská ke China, Dušan Bella turut mengunjungi BFSU. Presiden BFSU, Yang Dan bertemu dengan Martina Lubyová dan rombongan.

Yang Dan mengucapkan selamat datang kepada Martina Lubyová, memperkenalkan sejarah BFSU dan konsep didikan bakat. Beliau berharap Kementerian Pendidikan Slovenská dan Kedutaan Besar Slovenská ke China memberikan sokongan yang lebih banyak terhadap pembangunan Jurusan Bahasa Slovenská dan pengajian Slovenská, di samping melahirkan harapan, iaitu graduan Jurusan Bahasa Slovenská memberikan sumbangan yang lebih banyak dalam komunikasi kedua-dua negara.

Martina Lubyová mengatakan bahawa tujuan utama lawatannya ke China kali ini adalah untuk menandatangani Perjanjian Pengiktirafan Sijil China dan Republik Slovenská dengan Kementerian Pendidikan China. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 penjalinan hubungan diplomatik Republik Slovenská dan China. Beliau mempercayai tandatangan perjanjian ini mempunyai makna yang penting dan akan membawa peluang baharu terhadap komunikasi antara kedua-dua negara dari aspek pendidikan dan kebudayaan. Duta Besar Republik Slovenská ke China, Dušan Bella juga menunjukkan bahawa kedutaan besar akan terus bekerjasama dengan BFSU untuk mengadakan kerjasama yang lebih banyak dalam aktiviti pengajaran dan praktikal bahasa Slovenská.

Sebelum pertemuan dimulakan, Martina Lubyová dan rombongannya bertemu dengan pelajar-pelajar Jurusan Bahasa Slovenská di Institut Pengajian Bahasa-bahasa Eropah. Timbalan Pengarah Institut Pengajian Bahasa-bahasa Eropah, Dong Xixiao memperkenalkan sejarah jurusan, tenaga pengajar dan komunikasi antarabangsa Jurusan Bahasa Slovenská. Pelajar-pelajar Jurusan Bahasa Slovenská mempersembahkan lagu tradisional Slovenská, di samping berkomunikasi dengan Martina Lubyová dan ahli rombongannya mengenai pengalaman diri mereka mempelajari bahasa Slovenská, anggapan mereka terhadap Slovenská dan harapan mereka terhadap hubungan antara China dengan Slovenská.