Utama > Berita > Content

Indeks Global 2021 dan Siri Indeks BFSU Dilancarkan

Updated: 2021-09-17

 Pada 3 September, Indeks Global 2021 dilancarkan di Penerbit Pendidikan dan Pengajian Bahasa Asing. Indeks Global 2021 merupakan hasil awal program “Menggubal Indeks, Mengenali Dunia” yang diketuai oleh Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU. Siri indeks merujuk kepada “Indeks Pengaruh Organisasi Antarabangsa Global”, “Indeks Kapasiti Bahasa Negara”, “Indeks Kepintaran dan Inovasi Global”, “Indeks Pengaruh Universiti-universiti China di Peringkat Global”, “Indeks Kualiti Bentuk Maklumat Perakaunan” dan “Indeks Keadaan Globalisasi”. Semua indeks tersebut adalah julung kalinya dilancarkan di seluruh dunia. “Indeks Kapasiti Penterjemahan Negara” dan “Indeks Kapasiti Penterjemahan Universiti-universiti China” telah dilancarkan dalam Majlis Penubuhan Pusat Pengajian Kapasiti Penterjemahan Negara BFSU pada Mei yang lalu.