Menurut laporan Rangkaian Tianshan – Berita Harian Xinjiang pada 6 hb. Februari, pada jam 15.45 5 hb. Februari, Dinigeer Yilamujiang dan rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan China, Bayani Jialin menjejakkan kaki mereka di arena meluncur salji merentas desa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Ini merupakan kali yang pertama Sukan Olimpik Musim Sejuk disertai oleh pemain meluncur salji dari “tempat asal meluncur salji manusia”, iaitu Altay, Xinjiang, China.


Pada malam 4 hb. Februari, Dinigeer, salah seorang pembawa obor utama membawa impian bapanya, Yilamujiang Mulaji dan akhirnya berjaya berdiri di arena peringkat yang tertinggi antarabangsa. Cerita “Meluncur salji, bapa” versi China sedang dipersembahkan di gelanggang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
“Saya sangat gembira dan teruja sampai tidak terkata-kata kerana anak perempuan saya telah merealisasikan semua impian saya, ” kata Yilamujiang. Dinigeer Yilamujiang, seorang perempuan berbangsa Uighur yang berumur 20 tahun dilahirkan di wilayah Altay, Xinjiang di barat laut China. Bapanya merupakan seorang pemain meluncur salji merentas desa yang sudah bersara. Dinigeer sudah bermula meluncur salji dengan bapanya sejak berumur lapan tahun.
Terdapat satu petroglif berwarna-warni yang dipelihara dengan baik di dalam gua Dundbulag di Altay, kampung halaman Dinigeer. Petroglif itu menggambarkan dengan jelas pemandangan nenek moyang di Gunung Altay meluncur salji dan memburu dengan bertapak di atas papan salji dan memegang satu tongkat. Sudah dibuktikan oleh pakar bahawa petroglif yang mempunyai sejarah sekurang-kurangnya 12 ribu tahun itu merupakan catatan aktiviti meluncur salji yang terawal dalam sejarah manusia.