Utama > Berita > Content

Gu Ailing: Misi Saya adalah Memperkenalkan Ski Gaya Bebas kepada Generasi Baharu di China

Updated: 2022-02-09


Menurut laporan rangkaian Chinanews pada 7 Feb, acara pertandingan kelayakan ski gaya bebas wanita Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 diadakan di Platform Lompat Ski Shougang Beijing. Atlet China, Gu Ailing menyertai pertandingan tersebut dengan memakai pakaian perlumbaan yang bercorak naga emas.



Menurut wawancara, Gu Ailing mengambil keputusan untuk mewakili China menyertai pertandingan sejak tahun 2019. Tujuannya adalah memperkenalkan acara ini kepada generasi baharu di China dan meningkatkan penyertaan dan pengaruh acara ini. Gu Ailing yang berumur 18 tahun berkata, “Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa hanya orang dewasa mempunyai pengaruh global. Zaman ini memerlukan kita melakukan perubahan dan lantang bersuara tentang isu-isu yang berkaitan dengan kita sendiri.”

Kini, terdapat 300 juta orang di China telah mencuba sukan ais dan salji. Gu Ailing mengatakan bahawa misinya adalah mempromosikan sukan ski gaya bebas, berkongsi kegembiraan sukan dan cinta terhadap sukan di luar rumah...Bagaimana kecil sekalipun peranan yang dimainkan olehnya dalam mempromosikan ski gaya bebas, beliau tetap bahagia dan berpuas hati kerana dirinya telah mencapai matlamat.


Mengenai perasaan Gu Ailing buat pertama kalinya menyertai Sukan Olimpik di China, beliau menoleh ke belakang dan menunjukkan corak naga emas di belakang pakaian perlumbaan hitamnya, di samping mengatakan bahawa pakaian yang direka oleh beliau sendiri penuh dengan unsur China.