Menurut laporan Berita Harian Ekonomi pada 9 Februari, pada sidang akhbar yang diadakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada hari ini, Li Sen, Pengarah Jabatan Perancangan Am Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, menggunakan dua kata kunci untuk meringkaskan hasil pencapaian penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dalam mengamalkan konsep “Sukan Olimpik Hijau”, iaitu “pengurusan rendah karbon” dan “perlindungan ekologi”.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menggunakan sejumlah 6 buah stadium pertandingan dan bukan pertandingan yang pernah digunakan semasa Sukan Olimpik 2008. Pada masa yang sama, rizab tenaga bersih yang berjumlah besar di Zhangjiakou diangkut ke tiga kawasan pertandingan, iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou melalui “Lebuh raya Elektrik Hijau”. Ini membolehkan penggunaan elektrik di semua stadium 100% merupakan elektrik hijau. “Dalam tempoh 6 tahun lebih kami membuat persiapan, kami meminimumkan pelepasan karbon, di samping merealisasikan pengimbangan karbon melalui cara penyerapan karbon kehutanan dan sumbangan perusahaan, dan akhirnya berjaya mencapai matlamat keberkecualian karbon dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing,” kata Li Sen.
Kawasan pertandingan Yanqing sebagai salah satu kawasan pertandingan acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mempunyai sumber semula jadi yang kaya. Mengikut keadaan pertumbuhan tanaman lindung utama, tiga langkah perlindungan telah dilaksanakan, termasuk di lokasi, dekat lokasi dan pindah dari lokasi. Selain itu, pihak berkuasa juga menjalankan pemulihan persekitaran semula jadi yang berkesan dengan mengupas lapisan tanah atas di kawasan pertandingan Yanqing. Sebanyak 81,000 meter padu lapisan tanah atas telah dikupas dan kesemua tanah itu telah digunakan untuk pemulihan persekitaran semula jadi dan pembinaan semula landskap di kawasan pertandingan Yanqing.