
Pada 13 Mei, Forum Pembaharuan dan Pembangunan Pendidikan Asas Bahasa Asing Kebangsaan 2022 yang dihoskan oleh BFSU, dengan sokongan ilmiah daripada Persatuan Pendidikan China, telah berjaya dianjurkan oleh Penerbit Pengajaran dan Pengajian Bahasa Asing (FLTRP) serta Pejabat Pengambilan Siswazah BFSU.
Zhu Yongxin, Ahli Jawatankuasa Tetap dan Timbalan Ketua Setiausaha CPPCC merangkap Naib Pengerusi CAPD, Lv Yugang, Pengarah Jabatan Pendidikan Asas Kementerian Pendidikan, dan Wang Dinghua, Pengerusi Majlis Universiti BFSU masing-masing menyampaikan ucaptama dengan topik-topik seperti, “Meneliti Pembaharuan dan Inovasi Pendidikan Asas”, “Menggalakkan Pembangunan Pendidikan Asas yang Berkualiti Tinggi” dan “Misi dan Tanggungjawab Guru Bahasa Asing Pendidikan Asas China pada Era Baharu”.
Ketua jabatan pentadbiran pendidikan dari seluruh negara, guru bahasa Inggeris unggul dari sekolah rendah dan sekolah menengah, pengetua, penyelia pengajaran, penyelidik dan pekerja dalam bidang pendidikan antarabangsa, ahli-ahli Persekutuan Pangkalan Pemupukan Orang Berbakat Pengantarabangsaan BFSU, dan ahli-ahli Persatuan Pendidikan China berkumpul bersama dalam talian untuk menjalankan perbincangan mendalam tentang tema utama “Pembaharuan Pengajaran Bahasa Asing Pendidikan Asas dan Pembangunan Profesion Guru Bahasa di Bawah Latar Belakang Pembaharuan Pendidikan Asas ”.
Di samping itu, forum itu turut mengadakan acara khas “Pelancaran untuk Laporan Penyelidikan Tahunan Bahasa Asing Asas dan Pelan Penyelesaian Perkhidmatan Pendidikan”.