
Pada 25 Jun, Forum Penterjemahan Asia-Pasifik Ke-10 yang dihoskan bersama oleh Persatuan Penterjemah Antarabangsa dan Persatuan Penterjemahan China dirasmikan di BFSU.
Du Zhanyuan, Presiden Persatuan Penterjemahan China merangkap Pengarah Biro Bahasa Asing China, Yang Dan, Presiden BFSU merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Universiti BFSU, Alison Rodriguez, Presiden Persatuan Penterjemah Antarabangsa, Bart Defrancq, Presiden Mesyuarat Persekutuan Institut Penterjemahan Universiti Antarabangsa menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan. Tema forum ini ialah "Kerjasama dalam Dunia Penterjemahan: Era Baharu, Perubahan Baharu dan Model Baharu". Hampir 300 wakil dalam bidang penterjemahan dari 35 negara dan wilayah di seluruh dunia menyertai forum itu sama ada dalam talian atau luar talian.