
Pada 12 Julai, “Forum Peringkat Tinggi Teori dan Amalan Pendidikan Bahasa Asing” telah dianjurkan bersama oleh Sekolah Bahasa Inggeris BFSU dan FLTRP dalam talian. Ahli Jawatankuasa Tetap PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU, Sun Youzhong menghadiri forum tersebut dan menyampaikan ucapan.
Profesor Diane Larsen-Freeman dari University of Michigan, Profesor Matthew E. Poehner dari Pennsylvania State University, Profesor Wen Qiufang dari BFSU, Profesor Wang Chuming dari Guangdong University of Foreign Studies, Profesor Wang Qiang dari Beijing Normal University, Profesor Xu Jinfen dari Huazhong University of Science and Technology dan Profesor Zhang Lian dari BFSU menyampaikan ucapan utama dan membincangkan bersama perkembangan teori dan amalan pendidikan bahasa asing. Tajuk-tajuk ucapan tersebut adalah seperti yang berikut: “Pengaruh Teori Sistem Dinamik Kompleks kepada Pendidikan Bahasa Asing dan Aplikasinya”, “Hala Tuju Pembangunan Teori Sosiobudaya sebagai Teori dalam Pendidikan Bahasa Kedua”, “Teori Kesinambungan yang Meningkatkan Kualiti dan Kecekapan Pengajaran Bahasa Asing”, “Daripada Pengajaran Bahasa Asing kepada Pendidikan Bahasa Asing: Pembinaan dan Pembangunan Sistem Kurikulum Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah dan Menengah pada Era Baharu”, “Integrasi Bahasa yang Bercirikan China: Keperluan terhadap Pendidikan Bahasa Asing pada Era Baharu” dan “Penyelidikan Mengenai Pembinaan Identiti Profesional Pengajar Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi”.