Utama > Berita > Content

Kem Musim Panas untuk Pelajar Rusia Bermula di BFSU

Updated: 2022-11-29


Pada 1 Ogos, Kem Musim Panas Bahasa China untuk pelajar Rusia yang bertemakan “Keindahan·Kebudayaan” bermula di BFSU. Innara Guseinova, Naib Presiden Moscow State Linguistic University (MSLU), dan Jia Wenjian, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa PKR BFSU merangkap Naib Presiden BFSU menghadiri majlis perasmian itu.

Kem musim panas ini ditaja oleh Pusat Pertukaran dan Kerjasama Bahasa China dan Bahasa Asing Kementerian Pendidikan, dihoskan oleh Pejabat Institut Konfusius BFSU, dan dianjurkan oleh FLTRP. Ia ialah program pertukaran budaya yang dirancang khas oleh Pejabat Institut Konfusius BFSU untuk pencinta bahasa China di Rusia. Kem musim panas yang berlangsung selama 8 hari ini memfokuskan pembelajaran bahasa China dan penghayatan budaya China. Mengikut tahap kemahiran bahasa China dan hobi para penyerta kem ini, ditawarkan kursus pembelajaran bahasa China praktikal, kursus rakaman pengajian lanjutan dan siri ceramah kebudayaan. Terdapat 207 orang pelajar yang datang dari lebih 60 buah sekolah di 31 bandar Rusia telah mengambil bahagian dalam kem ini.

Pada musim panas 2022, Pejabat Institut Konfusius akan terus menggunakan kelebihan berbilang bahasa BFSU untuk mengadakan 10 sesi program pertukaran budaya dalam talian yang bernama “Jambatan Bahasa China”, termasuk 6 sesi khas untuk pelajar bahasa China di Rusia, Vietnam, Malaysia, negara dan wilayah yang berbahasa Perancis, serta negara dan wilayah yang berbahasa Arab, di samping menganjurkan 4 kem musim panas untuk pelajar bahasa China di seluruh dunia. Kem musim panas mempunyai pelbagai tema yang menarik, antaranya “Bahasa China·Tanggapan”, “Pertemuan·China”, “Keindahan·Kebudayaan”, “Pesona Tulisan China”, “Masakan China” dan sebagainya. Sehingga kini, bilangan pemohon untuk menyertai 10 sesi kem musim panas tersebut telah melebihi ribuan orang dan terdapat 5 kem musim panas telah pun bermula.