Utama > Berita > Content

Beberapa Projek BFSU Tajaan Tabung Sains Sosial Kebangsaan Lulus dengan Cemerlang

Updated: 2022-11-30


Pada tahun 2022, seperti yang diumumkan oleh Pejabat Perancangan Falsafah dan Sains Sosial Negara, beberapa projek BFSU tajaan Tabung Sains Sosial Kebangsaan telah lulus dengan berjaya, bahkah  ada tiga buah projek lulus dengan cemerlang. Antaranya, projek utama yang diketuai oleh Profesor Sun Youzhong, ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa PKC BFSU merangkap Naib Presiden BFSU, iaitu “Penyelidikan tentang Tafsiran dan Penggunaan Standard Kebangsaan dalam Menilai Kualiti Pengajaran di Peringkat Sarjana Muda Jurusan Bahasa Asing di Institut Pengajian tinggi”; projek utama yang diketuai oleh Profesor Wang Wenbin, Pengarah Pusat Pengajian Bahasa Asing dan Pendidikan China, iaitu “Penyelidikan mengenai Hubungan antara Perbezaan Ciri Temporal dan Spatial bahasa Inggeris-China dengan Pemerolehan Bahasa Kedua bahasa Inggeris-China”dan juga projek belia yang diketuai oleh Profesor Madya Li Yinan, Ketua Jabatan Pengajian Poland, Sekolah Bahasa dan Budaya Eropah, iaitu “Penyelidikan tentang Hubungan antara Kesusasteraan China dan Poland". Justeru itu, kadar pencapaian cemerlang projek BFSU tajaan Tabung Sains Sosial Kebangsaan pada tahun ini telah mencapai 37.5%.