Utama > Berita > Content

Wang Dinghua Mengetuai Delegasi Melawati Nepal, Vietnam dan Indonesia

Updated: 2024-07-12


Dari 8 hingga 17 April, Wang Dinghua, Pengerusi Majlis BFSU mengetuai delegasi melawat ke Nepal, Vietnam, dan Indonesia. Mereka mengunjungi Universiti Tripwan, Universiti Kathmandu, Universiti Sanskrit Nepal Kampus Cawangan Kathmandu, Universiti Undang-undang Hanoi, Universiti Perdagangan Luar Negeri Vietnam, dan Universiti Undang-undang di bawah Universiti Hue, Pusat Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kementerian Pendidikan Indonesia Cawangan Bandung, Universiti Pendidikan Indonesia dan institut-institut pengajian tinggi untuk meneroka saluran baharu bagi bekerjasama dengan institut-institut pengajian tinggi yang berlatarbelakangkan bidang perdagangan dan bahasa asing, undang-undang, dan pendidikan di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di samping itu, mewujudkan saluran baharu untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan di negara sasaran, membina model baharu untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan serantau dan negara, dan mengembangkan pengajaran dan pembelajaran serta pertukaran sama ada dalam kalangan pensyarah atau pelajar. Wang Dinghua dan delegasinya turut mengunjungi Kedutaan China ke Nepal dan Vietnam, Konsulat Jeneral China ke Ho Chi Minh, dan Kedutaan Besar China ke Indonesia. Mereka berjumpa dengan alumni di luar negara, melawat ke syarikat untuk mencari peluang pekerjaan bagi pelajar, dan juga menubuhkan persatuan alumni luar negara BFSU ke-11 di Indonesia.