Pada 20 Mei, Andrei Ivanets, Menteri Pendidikan Belarus mengetuai delegasi melawat ke BFSU. Jia Wenjian, Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Majlis BFSU, dan Zhao Gang, Ahli Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Timbalan Presiden BFSU bertemu dengan delegasi. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai pertukaran budaya dan kerjasama dalam bidang pendidikan antara China dan Belarus. Xi Ru, pegawai di Jabatan Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa Kementerian Pendidikan China menghadiri pertemuan itu.
Selepas mesyuarat itu selesai, pelajar dari Sekolah Bahasa Rusia di BFSU mendeklamasikan puisi bahasa Belarus dan mempermainkan alat muzik tradisional China untuk menghiburkan hati ahli-ahli delegasi. Persembahan itu telah menunjukkan tahap pencapaian bahasa pelajar Jurusan Bahasa Rusia yang tinggi. Persembahan mereka mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Delegasi turut melawat ke Pusat Penyelidikan Belarus BFSU. Ahli-ahli delegasi menyanjung tinggi pencapaian pembinaan pusat itu untuk bertahun-tahun, di samping berinteraksi mesra dengan para pensyarah dan pelajar pusat itu.