UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Pusat Penyelidikan Jepun-Beijing

发布时间:2019-04-26

Pusat Penyelidikan Jepun Beijing didirikan pada tahun 1985. Dengan sokongan dan bantuan daripada Kementerian Pendidikan dan  Yayasan Jepun, Pusat Penyelidikan Jepun Beijing telah menghasilkan lebih 1000 orang sarjana, doktor dan pensyarah yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam bidang penyelidikan dan pengajaran Jepun.

Boleh dikatakan dalam temph 30 tahun, Pusat Penyelidikan Jepun Beijing memperoleh kejayaan yang menakjubkan di bawah pengurusan BFSU. Sebagai pusat penyelidikan serantau dan negara Kementerian Pendidikan, Pusat Penyelidikan Jepun Beijing juga bertindak sebagai institusi yang kelayakan menganugerahkan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, dan digelar sebagai institusi yang mempunyai program pendidikan utama Beijing dan negara. Sekarang terdapat 26 orang kakitangan di pusat ini, termasuk 9 orang profesor, 3 orang profesor madya dan 2 orang pensyarah. Juga terdapat 6 bidang penyelidikan iaitu Bahasa Jepun, Pendidikan Jepun, Kesusasteraan Jepun, Kebudayaan Jepun, Masyarakat Jepun dan Ekonomi Jepun. Sehingga kini, pusat ini mempunyai 109 orang pelajar Ijazah Sarjana, seorang mempunyai dwi-ijazah dari Jepun, 47 orang doktor, seorang pascadoktor, 2 orang pakar jemputan dan seorang pensyarah yang menuntut kursus lanjutan.

Cara pengajaran Pusat Penyelidikan Jepun Beijing disempurnakan dengan kerjasama dan perbincangan bersama China-Jepun. Setiap tahun Yayasan Jepun akan menghantar Profesor dan cendekiawan yang terkenal di Jepun untuk memberikan ceramah di BFSU. Sesetengah cendekiawan yang terkenal dalam negara juga diupah mengajar sebagai profesor tetamu.

Pusat Penyelidikan Jepun Beijing sudah menandatangani perjanjian Ijazah Sarjana dwi-ijazah dengan Universiti Kobe dan Universiti Okayama. Selain itu, beberapa perjanjian juga dimeterai antara Pusat Penyelidikan Jepun Beijing dengan Universiti Tokyo, Universiti Ochanomizu, Universiti Waseda, Institut Kebangsaan Bahasa Jepun dan Linguistik, Institut Kebangsaan Kesasteraan Jepun, Universiti Mie, Universiti Bahasa Asing Nagoya, dan Universiti  Shinshu.

Di dalam perpustakaan pusat terdapat 170 ribu naskhah buku bahasa Mandarin dan bahasa Jepun. Perpustakaan ini berada di tangga pertama antara perpustakan-perpustakaan universiti di seluruh negara mahupun dari segi kuantiti atau kualiti.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC