UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Perpustakaan

PERPUSTAKAAN

2019年04月16日


Perpustakaan BFSU merupakan mercu tanda kampus BFSU dengan keluasan lantai 23,000 meter persegi untuk keseluruhan enam tingkat bangunan. Dinding hadapannya dihiasi dengan ukiran corak  perkataan “perpustakaan”  dalam 55  jenis bahasa  dunia. Sekali gus melambangkan BFSU  sebagai  pusat antarabangsa  bagi semua kaum di dunia. Hiasan bumbung kaca dewan perpustakaan juga mempunyai ciri tersendiri yang memberi maksud ilmu seluas lautan dapat dilihat apabila cahaya matahari bersinar melaluinya. Tangga yang terletak di tengah-tengah bangunan ini membawa kita ke ‘Puncak Buku’ (tingkat atas sekali). Hal ini berkait rapat dengan pepatah Cina yang terkenal “Ketekunan adalah jalan menuju ke puncak ilmu”.

Ruang yang luas dan susur atur yang sesuai, menunjukkan sepenuhnya idea keterbukaan pengurusan moden perpustakaan ini, selaras dengan hubungan antara manusia dan buku.

Perpustakaan BFSU mempunyai salinan 1,264 milion buah buku dalam bahasa asing, 482 ribu buku elektronik bahasa asing, 1174  terbitan berkala dan 56 pangkalan data dalam bahasa Cina dan pelbagai bahasa lain. Kebanyakan bahan-bahan tersebut mengenai bidang linguistik, kesusasteraan dan kebudayaan menjadikan perpustakaan ini unik dan istimewa. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, BFSU telah berkembang dengan penambahan pelbagai bidang seperti undang-undang, diplomasi dan ekonomi, kewartawanan dan pengurusan: membawa kepada penambahan koleksi yang sedia ada.

Perpustakaan ini mempunyai 2000 buah kerusi dan 18 buah bilik bacaan, selain dari bilik mesyuarat, kelas, ruang pameran dan cafe dan lain-lain. Anda di sini bukan sahaja dapat memperoleh ilmu tetapi juga dapat bertukar pandangan antara satu sama lain. Hal ini wujud dari konsep yang diamalkan iaitu konsep berorientasikan perkhidmatan kepada penggunanya.

Perpustakaan ini turut menyediakan kemudahan mesin pemulangan buku automatik layan diri. Kemudahan ini menunjukkan pengguna adalah keutamaan perpustakaan. Mesin automatik ini beroperasi selama 24 jam, membolehkan pemulangan buku pada bila-bila sahaja; mesin automatik disediakan untuk mencetak, menyalin, mengimbas, meminjam dan memulangkan buku.

Kemudahan multimedia yang disediakan dalam bentuk bahan bacaan, bukan sahaja memberikan pengalaman baharu untuk membaca dalam cara yang berbeza tetapi juga dapat merangsang kreativiti pengguna. Penggunaan pengurusan berkomputer telah dilaksanakan untuk penambahbaikan dan memastikan pengurusan tidak ketinggalan dengan perkembangan terbaharu era ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan.

Perpustakaan BFSU kaya dengan sumber simpanan maklumat, persekitaran pembelajaran yang selesa, konsep perkhidmatan yang mesra pengguna dan kelengkapan yang moden. Kemudahan ini menjadikan perpustakaan sebagai sebuah tempat yang paling baik untuk suasana pembelajaran, pengajian dan ruang komunikasi antara pensyarah dan pelajar BFSU.




2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC