UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris

发布时间:2019-04-26

Sekolah kesusasteraan dan Bahasa Inggeris terdiri daripada dua fakulti, iaitu Fakulti Bahasa Inggeris dan Fakulti Penterjemahan. Sekolah ini telah menubuhkan Jurusan Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris untuk program Ijazah Sarjana Kedoktoran dan merupakan satu bidang pendidikan utama negara. Selain dari program Ijazah Sarjana Kedoktoran dalam Jurusan Pengajian Penterjemahan yang ditawarkan. Moto Sekolah Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris ialah ‘Meneroka Ilmu Di dalam dan Luar Negara, dan Memberi Sumbangan Kepada Seluruh Dunia’, tujuannya untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti tinggi.

Sekolah ini mempunyai kaedah pengajaran yang unik, iaitu sistem pendidikan yang mementingkan bahasa Inggeris dan juga ilmu kemanusiaan, kaedah pengajaran yang menggabungkan bahasa dengan ilmu, kaedah pengajaran yang inovatif, iaitu menyepadukan pengajaran dengan penyelidikan. Sekolah Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris terus berusaha untuk mengembangkan Jurusan Bahasa Inggeris dan Jurusan Penterjemahan agar berkualiti tinggi dan terkenal di peringkat antarabangsa sehingga melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dan komprehensif .

Taraf pengajaran dan pengajian sekolah ini begitu cemerlang dalam bidang kesusasteraan,bahasa Inggeris dan penterjemahan. Program Ijazah Sarjana Muda bertujuan untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang unggul di peringkat antarabangsa dan berpengetahuan luas, bukan sahaja mempunyai kemahiran bahasa Inggeris dan penterjemahan yang kukuh malah dalam bidang ilmu kemanusiaan, sosial yang luas, pelajaran yang cemerlang, pemikiran, penciptaan, kerjasama dan pimpinan yang menonjol. Bagi program Sarjana, sekolah ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar yang profesional dan bertaraf tinggi di peringkat antarabangsa, menguasai kemahiran ahasa Inggeris dan kemahiran penterjemahan yang amat baik, cekap dalam penyelidikan, semangat perintis, berwawasan, berkepakaran dan juga mempunyai ilmu kemanusiaan yang mendalam.

Pada masa sekarang, sekolah ini mempunyai 599 orang pelajar dalam program Sarjana Muda, 381 orang pelajar dalam program Sarjana dan 87 orang pelajar dalam program Ijazah Sarjana Kedoktoran.

Sekolah Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris amat mementingkan komunikasi dan kerjasama antarabangsa dan telah menjalin hubungan kerjasama yang baik dan lama dengan Universiti Lancaster, Universiti Colombia, Universiti Adelaide, Universiti Toronto, Universiti Auckland dan dengan 30 buah universiti Britain, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Singapura dan lain-lain.

Selain itu, sekolah ini juga mengadakan program pertukaran pelajar, kursus jangka pendek, kem musim panas dan pelbagai kursus.Di samping itu, pelajar-pelajar negara asing turut diterima untuk mengambil program Ijazah Sarjana Muda. Mereka berkuliah dengan pelajar-pelajar China. Situasi ini memaparkan pelaksanaan falsafah pendidikan antarabangsa di sekolah ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1944, Sekolah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris telah menghasilkan banyak pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang diplomatik, perdagangan luar, kewangan, media, pengajaran bahasa Inggeris dan penterjemahan. Alumninnya  yang  cemerlang ialah  Li Zhaoxing, Sun Zhenning, Zhang Yesui, Fu Ying, Jin Liqun, Zhang Qiyue, Yang Lan, Xu Gehui, Sun Ning dan lain-lain tokoh  lagi. Setakat ini, para graduan dari Sekolah ini biasanya memilih bekerja di kementerian negara dan jabatan-jabatannya, syarikat-syarikat antarabangsa, syarikat media yang terkenal, pejabat-pejabat perdagangan dan hal-ehwal luar, institut-institut pendidikan dan kebudayaan, syarikat-syarikat penerbitan dan penterjemahan, pejabat-pejabat akauntan, peguam dan sebagainya. Di samping itu, terdapat lebih 30% graduan memasuki universiti-universiti yang terkenal di dunia, misalnya Universiti Cambridge, Universiti Harvard untuk mendapat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Kedoktoran.

Kini, sekolah ini mempunyai seramai 96 kakitangan, termasuk 87 orang pensyarah sepenuh masa, 27 orang profesor, 28 orang Profesor Madya dan 66 orang pensyarah lulusan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Pensyarah-pensyarah tersebut sentiasa dipuji oleh pelajar-pelajar kerana komited dalam pengajaran dan penyelidikan sains.  Para pensyarah mempunyai reputasi yang baik sekali gus menjadikan Sekolah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris sebagai satu program pengajian yang dicontohi di China.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC