UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Sekolah Pengajian Eropah

发布时间:2019-04-26

Sekolah Pengajian Eropah yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan sebuah sekolah pengajian paling lama, paling banyak jumlahnya dan mempunyai sistem pengajaran yang lengkap dalam bidang pengajaran Bahasa Bukan Sejagat di seluruh negara. Kini, terdapat 23 jurusan bahasa dalam sekolah ini dengan 15 jurusan bahasa yang tidak ditawarkan di mana-mana universiti lain di China.

Pusat Pengajian Eropah Timur-Tengah, pusat pengajian negara dan wilayah Kementerian Pendidikan, sangat bergantung kepada tenaga pengajar dan penyelidikan dari jurusan-jurusan bahasa Eropah Timur-Tengah dalam Sekolah Pengajian Eropah ini. Selain itu, sekolah ini menubuhkan banyak institusi pengajian yang lain, seperti Pusat Pengajian Finland, Pusat Pengajian Poland, Pusat Pengajian Eropah Utara dan lain-lain. Dalam tempoh 60 tahun, kini Sekolah Pengajian Eropah telah melahirkan golongan intelektual dalam bidang bahasa bukan sejagat Eropah di negara China, dan pusat untuk menjalankan pengajian bahasa dan budaya negara-negara Eropah, sehingga menjadi wadah yang penting bagi pertukaran kebudayaan dan pendidikan antara China dengan Eropah

Sekolah Bahasa dan Pengajian merupakan institusi utama Beijing yang diberi kelulusan untuk menganugerahk Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Pada September, 2015, terdapat 409 orang pelajar Sarjana Muda, 24 orang Sarjana dan 10 orang pelajar Ijazah Sarjana Kedoktoran. Sekolah Pengajian Eropah mementingkan latihan kemahiran komprehensif dan berusaha untuk melatih  golongan intelektual antarabangsa yang bersifat multilingual, multidisiplin dan berkualiti tinggi. Para pelajar boleh mendapat latihan asas tentang bahasa yang dipelajari dan akan mempelajari pengetahuan umum dan budaya negara dan wilayah dalam jurusan yang diambil. Hampir semua pelajar berkesempatan belajar di negara mengikut jurusan bahasa yang mereka pelajari selama setengah tahun hingga setahun. Pihak universiti juga melaksanakan pelbagai pengajaran seperti kursus minor bahasa Inggeris, Ijazah Kedua dan kursus bahasa ketiga atau keempat untuk menghasilkan intelektual bahasa asing yang berkualiti tinggi.

Pada setiap tahun, Sekolah Pengajian Eropah sebagai wadah pertukaran China dengan Eropah lazimnya menerima banyak lawatan rombongan kehormat dari negara-negara yang berkaitan. Kerjasama, iltizam dan cita-cita untuk mengekalkan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan pensyarah Sekolah Pengajian Eropah telah memberi kesan yang mendalam kepada para tetamu yang berkunjung.

Pensyarah-pensyarah Sekolah Pengajian Eropah bukan sahaja berusaha untuk memperkenalkan bahasa dan budaya Eropah kepada China, tetapi juga memikul tanggungjawab yang mulia untuk memperkenalkan China kepada negara-negara Eropah. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, dalam usaha menggalakkan penyebaran budaya China, pensyarah-pensyarah sekolah ini terus memegang jawatan sebagai Pengarah bagi pihak China dalam Institusi Confucius di Universiti Eötvös Loránd di Hungary, Krakow di Poland, Universiti Sofia di Bulgaria, Universiti Palacky di Czech dan Universiti Rome di Itali.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC