UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Mengambil Bahagian dalam Persidangan Bahasa China Sedunia 2023

发布时间:2023-12-30

Dari 7 hingga 9 Disember, Persidangan Bahasa China Sedunia 2023 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Beijing. Tema persidangan kali ini ialah "Bahasa China berkhidmat untuk Dunia, Pembukaan Membimbing Masa Depan". Kira-kira 2,000 orang yang menghadiri persidangan ini termasuk pakar dan cendekiawan dari dalam dan luar negara, pegawai kerajaan, wakil daripada pertubuhan antarabangsa, institut pengajian bahasa dan kebudayaan antarabangsa. Wang Dinghua, Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU, Jia Dezhong, Ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Parti merangkap Naib Presiden BFSU dan Jia Wenjian, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti merangkap Naib Presiden BFSU telah dijemput untuk menghadiri persidangan ini. Mereka masing-masing menyampaikan ucapan di pelbagai forum khas, di samping mempengerusikan forum selari, menghadiri forum utama dan sesi pleno persidangan itu.

 

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC