UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut sejarah global

发布时间:2019-04-26

Institut sejarah global ditubuhkan pada tahun 2014. Pada masa sekarang terdapat 10 orang pelajar Ijazah Kedoktoran, 4 orang pelajar Ijazah Sarjana dan seorang pelajar Pasca Kedoktoran. Kursus yang ditawarkan termasuk: Sejarah Pengajian Terjemahan di China, Pengajian Kebudayaan, Pengertian Pemikir terhadap China, Pembaratan dan Pemodenan, Sejarah Moden China dari perspektif Sejarah Global, Kajian Sejarah Global dengan China, Bahasa China dalam proses Sejarah Global.

Seramai 5 orang kakitangan sedang berkhidmat di Institut Sejarah Global, antaranya 2 orang professor, seorang professor madya, seorang pakar asing dan seorang pengurus.

Sebagai tempat penyelidikan dan pengajaran, Institut ini meliputi bidang yang seperti berikut: Kajian Sejarah Global, Kajian Serantau dan Negara, Kajian China dengan Dunia dan Kajian Konsep Sejarah. Sebuah Pusat Rujukan dan Data Kajian Sejarah Global akan ditubuhkan di institut ini.

Majalah Sejarah Global dan China dan Majalah Pencarian sedang dirancang untuk diterbitkan, sama seperti buku bersiri yang bertajuk Sejarah Global dengan China, Terjemahan Sejarah Pelbagai Negara Cambridge.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC