UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Kesenian

发布时间:2019-04-26

Institut kesenian yang ditubuhkan pada tahun 2011 merupakan institut pengajaran dan pengajian tinggi BFSU yang bertujuan untuk mendorong perkembangan kesenian kebangsaan, mempersembahkan teras kesenian kebangsaan serta memajukan penyebaran budaya tradisional China ke luar negara. Institut Kesenian memegang prinsip BFSU sebagai pengantara China-Luar, berdasarkan kelebihan universiti dalam bidang bahasa, institut ini bervisi untuk mengajar teori dan kemahiran asas kepada para pensyarah dan siswa-siswi dari dalam dan luar negara serta warga kampus agar memahami dan menguasai kesenian kebangsaan seperti Opera Beijing. Dengan usaha ini dapat memupuk suasana kesenian dalam kampus dan menyebarkan kesenian kebangsaan China ke luar. Kesenian kebangsaan China kaya dengan konotasi, bidang yang sangat luas, ciri-ciri khusus dalam pengkajian serta memerlukan pengetahuan dan pengalaman tertentu. Institut Kesenian BFSU menumpukan perhatian pada sifat kesenian kebangsaan dalam usaha menubuhkan jurusan dan menonjolkan kelebihan kesenian kebangsaan. Oleh itu ciri-ciri kesenian kebangsaan dapat dikekalkan manakala sistem pelajaran baharu yang bersesuaian untuk mengembangkan kesenian kebangsaan juga dapat digubal.

Institut Kesenian hanya menerima pelajar Ijazah Sarjana, sekarang terdapat 9 orang pelajar sarjana. Bidang pengajaran dan mengkaji adalah cara untuk menyebarkan seni opera tradisional ke luar. Subjek yang dipelajari antaranya Penyebaran Kesenian, Sejarah Opera China dan luar negara, Sejarah Filem China dan Luar, Estetika dalam Sastera dan Seni, Pengenalan Kesenian, Kesusasteraan Barat, Asas Pengarah dan Pelakon.

Pengajaran Institut Kesenian amat mementingkan penggabungan teori dan praktikal serta penggabungan jurusan pendidikan dengan pendidikan pengetahuan umum. Ini merupakan ciri khusus dalam sistem pengajaran. Pada masa yang sama, pascasiswazah dalam institut ini juga mengambil bahagian dalam projek penterjemahan tulisan mengenai ratusan Opera tradisional klasik. Dengan pengalaman dan pelajaran tersebut, para pelajar dapat memahami kesenian opera dengan lebih mendalam. Taraf terjemahan dan kesenian mereka juga mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar dan rakan sekerja.

Setakat ini, terdapat 4 orang kakitangan, 12 orang profesor asing, 14 orang pensyarah.Antaranya, 6 orang profesor, 2 orang profesormadya, 8 orang doktor di institut ini.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC