UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Pengajian China Antarabangsa

发布时间:2019-04-26

Institut Pengajian China Antarabangsa yang dulu dikenali sebagai Pusat Pengajian China di Luar Negara ditubuhkan pada tahun 1996 dan ditukar namanya pada tahun 2015. Institut ini mengkaji tentang segala kajian kebudayaan China di seluruh dunia dan tertumpu pada warisan dan inovasi kebudayaan tradisional China. Meninjau landasan dan kaedah penyebaran kebudayaan China antara pelbagai suku kaum di dunia berdasarkan sejarah komunikasi kebudayaan China-luar. Selain itu, Institut Pengajian China Antarabangsa juga berperanan seperti berikut: menyusun dan menyemak bahan sejarah, tokoh dan hasil terjemahan yang berkenaan untuk menyimpulkan teori dan kaedah terjemahan daripada Bahasa China ke dalam Bahasa asing; mengkaji perkembangan ilmu Sinology di pelbagai negara dengan cara mengkaji sejarah ilmiah; menilai pengaruh kebudayaan China di seberang laut dari sudut rentas budaya serta menyelidik sistem pembentukan imej negara China di luar negara, dan menunjukkan kepentingan kebudayaan China di peringkat dunia yang didedahkan dalam komunikasi budaya.

Di bawah institut ini ditubuhkan pula Pusat Pengajian China di Luar negara, institut Pengajian Kebudayaan China, Pusat Penilaian Penyebaran Kebudayaan China di luar Negara. Majalah ilmiah yangdisunting oleh Institutini termasuk Sinology Antarabangsa, Sastera Bandingan dan Pengajian Silang budaya , Kajian Komunikasi Confucianism Antarabangsa, Makalah Sejarah Pengajaran Bahasa China di Dunia. Perbadanan ilmiah yang ditubuhkan termasuk Persatuan Pengajian Kebudayaan China Antarabangsa, Persatuan Sejarah Pengajaran Bahasa China di Dunia, Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa bagi Persatuan Confucianism Antarabangsa.

Institut ini mementingkan kemahiran individu dalam pengajian serta berfikiran global. Seiring dengan usaha melatih pascasiswazah di peringkat sarjana dan peringkat Sarjana Kedoktoran dalam bidang Sastera Bandingan dan Pengajian Silang Budaya, kursus Sarjana dwibahasa dalam bidang Pengajian Kebudayaan China, Sinology Antarabangsa dan lain-lain juga ditawarkan kepada pelajar di seluruh dunia.

Dalam tempoh satu dekad lebih, ahli-ahli institut ini berjaya melaksanakan lebih 40 program di peringkat negara dan peringkat provinsi, telah menerbitkan 36 buah buku ilmiah, menyunting 40 buku, menterjemahkan 29 buah buku serta menghasilkan 2 buah kamus dan 3 buah buku teks. Ratusan Kertas kerja pernah diterbitkan dalam jurnal teras, institut ini juga memenangi hadiah pertama dalam kumpulanpenyelidikan di peringkat universiti tiga tahun berturut-turut. Institut ini juga mengadakan perhubungan rapat dan komunikasi yang baik dengan 33 buah universiti dan institut dari pelbagai negara dan kawasan seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Vatican, Sweden, Rusia, India, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan Macau. Pusat Institut ini telah menerima lawatan ratusan sarjana dari pelbagai negara, lebih seratus ceramah akademik diadakan, menganjurkan lebih 70 kali persidangan akademik antarabangsa. Pada masa yang sama, institut ini juga mempunyai hubungan rapat dan komunikasi akademik yang baik dengan institut berkaitan dalam negara.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC