UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Institut Siswazah Penterjemahan dan Interpretasi (GSTI)

发布时间:2019-04-26

Institut Siswazah Penterjemahan dan Interpretasi BFSU ditubuhkan pada tahun 1994. Penubuhannya berasaskan Program Pelatihan Jurubahasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilaksanakan sejak tahun 1979. Program ini telah menghasilkan lebih daripada 700 orang jurubahasa profesional yang menyandang jawatan di PBB dan pertubuhan-pertubuhan yang lain di China. Dengan mewarisi tradisi yang unggul, GSTI juga mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang pendidikan jurubahasa dan berprestij di peringkat antarabangsa. Justeru, GSTI telah mengekalkan hubungan yang erat dengan PBB dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain. GSTI telah beberapa kali mengadakan peperiksaan jurubahasa Mandarin, di samping menawarkan program pelatihan penterjemahan dan interpretasi peringkat tinggi untuk agensi-agensi yanglain baik di dalam mahupun di luar negara, seperti kerajaan Hong Kong, Makau, Singapura, Program WTO – China, Bank Pertanian China (ABC), Syarikat Petroleum Kebangsaan China (CNPC), kerajaan Wilayah Automatik Guangxi dan lain-lain.

Seramai 22 orang pensyarah sepenuh masa, 3 orang pensyarah sambilan dan 2 orang profesor pelawat berkhidmat di GSTI ini. Semua pensyarah yang bekerja sepenuh masa pernah berkhidmat sebagai jurubahasa dalam agensi-agensi seperti di Ibu Pejabat PBB New York, Ibu Pejabat PBB Geneva, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain daripada itu, mereka juga pernah menyediakan perkhidmatan penterjemahan dan interpretasi dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa di dalam dan luar negara. Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut memberi pensyarah GSTI pengalaman yang banyak dalam bidang penterjemahan dan interpretasi.

GSTI menawarkan Program Sarjana setiap tahun, antaranya Program Interpretasi Serentak Inggeris – Mandarin, Program Interpretasi Serentak Berbilang Bahasa (Inggeris- Mandarin + Jerman/ Rusia/ Perancis/ Sepanyol/ Korea/ Thai) dan Program Sarjana Penterjemahan dan Interpretasi (MIT). Selain daripada itu, GSTI juga menawarkan program Ph.D. seperti Program Pengajian Sarjana Penterjemahan dan Program Pengajian Linguistik. Sekarang terdapat lebih daripada 220 orang mahasiswa yang sedang menuntut di GSTI termasuk pelajar-pelajar asing. Semasa menuntut di GSTI, pelajar-pelajar akan berpeluang untuk menjalani latihan amali di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan agensi-agensi jurubahasa profesional. Kebanyakan pelajar lepasan daripada GSTI menyandang jawatan di kementerian-kementerian negara China, pejabat-pejabat hal-ehwal luar provensi dan syarikat-syarikat multinasional serta universiti-universiti.

GSTI merupakan ahli Majlis Institut Penterjemahan dan Interpretasi Antarabangsa atauCIUTI, dan telah memeterai perjanjian dengan PBB untuk menghasilkan pelajar pelapis bertaraf antarabangsa.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC