UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Presiden Yang Dan Mengetuai Delegasi Melawat ke Perancis, UK dan Switzerland

发布时间:2023-12-31

Dari 6 hingga 15 Jun 2023, Yang Dan, Presiden merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU mengetuai delegasi melawat ke Perancis, UK dan Switzerland. Delegasi telah melawat ke National Institute for Oriental Languages and Civilizations (Inalco University), Paris Institute of Political Studies (Sciences Po), Open University (OU), London School of Economics and Political Science (LSE), Oxford Brookes University, University of London dan School of Oriental and African Studies (SOAS), United Nations Institute for Training and Research (UNITAR), United Nations Office at Geneva (UNOG) , World Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Committee of the Red Cross (ICRC). Delegasi telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menerokai saluran kerjasama yang baharu bersama dengan institusi pengajian tinggi yang terkenal, di samping mencipta model latihan orang berbakat yang baharu bersama dengan organisasi antarabangsa kelas pertama bagi meluaskan peluang latihan amali dan pekerjaan. Selain itu, delegasi turut mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar China ke Perancis, Misi Tetap China ke UNESCO PBB dan Kedutaan Besar China ke UK untuk berkomunikasi dan berbincang dengan pegawai di kedutaan dan misi tersebut. Selain itu, delegasi juga menziarahi alumni, pelajar BFSU serta pengarah, pensyarah dan sukarelawan pihak China di Institut Kongzi di Perancis, UK dan Switzerland.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC