UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

Presiden Yang Dan dan Delegasinya Melawat ke Ethiopia, Madagascar dan Tanzania

发布时间:2023-12-30

Dari 1 hingga 10 Disember, Yang Dan, Presiden merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU mengetuai delegasinya untuk melawat ke Ethiopia, Madagascar dan Tanzania. Mereka telah melawati China Civil Engineering Construction Corporation (CCECC) Ethiopia Construction Plc, Addis Ababa University (AAU), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Persekutuan Afrika (Africa CDC), Pejabat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Ethiopia, Perpustakaan Arkib Kebangsaan Ethiopia, Pejabat Pendidikan Persekutuan Afrika, Ecole Normale Supérieure d'Antananarivo, University of Antananarivo, Persekutuan Orang Cina di Madagascar, University of Dar es Salaam (UDSM) dan Pusat Pengajian China, Institut Kongzi di UDSM, StarTimes Tanzania, CCECC East Africa Limited, dan China Harbour Engineering Company Ltd Tanzania Branch. Delegasi telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menerokai saluran kerjasama yang baharu bersama dengan institusi pengajian tinggi yang terkenal di Afrika, di samping mencipta model latihan orang berbakat yang baharu bersama dengan organisasi antarabangsa kelas pertama bagi meluaskan peluang latihan amali dan pekerjaan. Selain itu, delegasi turut mengadakan lawatan ke Misi China ke Persekutuan Afrika, Kedutaan Besar China ke Ethiopia, Kedutaan Besar China ke Madagascar, dan Kedutaan Besar China ke Tanzania untuk berkomunikasi dan berbincang dengan pegawai di kedutaan dan misi tersebut.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC