UNIVERSITI PENGAJIAN

BAHASA-BAHASA ASING BEIJING

BFSU Mengambil Bahagian dalam Persidangan Dunia Kajian China·Forum Shanghai

发布时间:2023-12-30

Pada 24 November, Persidangan Dunia Kajian China·Forum Shanghai telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Shanghai. Tema persidangan ini ialah "Tamadun Cina dan Jalan China dari Perspektif Global". Yang Dan, Presiden merangkap Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti BFSU mengetuai pasukan untuk menghadiri forum tersebut.

Yang Dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Strategi Bahasa Kuasa Besar: Menggunakan Bahasa sebagai Medium untuk Menggalakkan Pembelajaran antara Pelbagai Tamadun" di sub-forum "Saling Mempelajari antara Pelbagai Tamadun: Tamadun Moden Bangsa China dari Perspektif Perbandingan".

Persidangan ini ditaja bersama oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri dan Kerajaan Bandaraya Shanghai. Pada persidangan itu, Persekutuan Kajian China Antarabangsa telah ditubuhkan. Selain itu, Anugerah Sumbangan Kajian China 2023 juga telah dianugerahkan. Lebih 400 orang pakar dan sarjana, serta wakil daripada pihak yang berkaitan dari hampir 60 buah negara telah menghadiri mesyuarat itu.

2 North Xisanhuan avenue, district Haidian, Beijing

Copyright@BFSU.Support by ITC